17 RAMADHAN 1433H/6 OGOS 2012M, ISNIN, SG NIPAH - Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW... Pada tanggal penurunan al Quran, pihak Masjid Ma'muniah di bawah kendalian BIRO PEMUDA dengan kerjasama NISA CAW. SG NIPAH telah berjaya mengadakan program 5 dalam satu, iaitu REMAJA BERTADARUS dan disertai dengan pertandingan mini iaitu : kuiz (puasa, bulan puasa dan tajwid), sajak ramadhan, pantuin ramadhan dan khat.
Gabungan ini adalah buat kali pertamanya diadakan. Sebelum ini hanya dapat menganjurkan program tadarus sahaja, namun pada kali ini penambaikan telah dijalankan memandangkan bukannya mudah untuk menghimpunkan remaja secara serentak.
Penyertaan dari kalangan remaja amat menggalakkan, iaitu seramai 96 orang (L/P) yang terdiri dari 12 - 17 tahun. Pihak penganjur amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak, terutamanya pihak masjid yang memberikan keizinan mengunakan peralatan masjid, ajk pelaksana yang bersungguh menjayakannya, para fasilitator yang membimbing dan membantu peserta yang tidak mengenal usia kalian (muda ada, gol senior pun ada) dan jua para peserta.
Berikut adalah gambar yang kami sajikan kepada semua masyarakat Islam dan dunia :
PENDAFTARAN :
yg baju biru tu s/u Biro Pemuda.. pengerusnya??? (tgh ambil gambar kot?!)
pendaftaran peserta lelaki/rijal..jom perangi ngantuk dgn ngaji!!
pendaftaran peserta perempuan/nisa.. belakang sikit tu..
SESI TAKLIMAT DAN KUMPULAN
peserta muslimat sentiasa bersiapsedia
kumpulan tadarus bermula
peserta rijal memulakan tadarus
MAJLIS PENUTUP
barisan ajk Masjid Ma'muniah ..dari kiri :
Ust Mahfodz (s/u AJK), Tn Hj Yaakob (tok Sidang), ust Fadlin (Nazir), ust Baharuddin (Ketua Pemuda)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan