Rabu, 5 Disember 2012

PROGRAM MASJID

SALAMUN ALAIKUM SALAM SEJAHTERA SEMUANYA..

SEMPENA CUTI KALI ini, iaitu pada tanggal 23 November 2012 lalu,(hari Jumaat) pihak LZS dengan kerjasama AJK Masjid Makmuniah telah mengadakan program khusus untuk para petani di kawasan Sungai Nipah, Simpang Lima..

Penganjuran ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para petani menanamkan rasa syukur terhadap hasil padi dengan mengeluarkan zakat padinya... di samping memohon ke hadrat Ilahi agar diberikan Keberkatan di atas segala usaha mereka..

Program dijalankan dengan aktivitiaktiviti berikut :
1- gotong royong melapah dan memotong daging lembu
2- memasak tulang lembu dan makan bersama pada waktu tengahari/sebelum solat Jumaat
3- program sukaneka untuk remaja di bawah kelolaan Biro Pemuda
4- Program Wanita
5- gotong royong memasak daging selepas solat Jumaat
6- solat hajat dan bacaan surah Yasin
7- program kemuncak ; forum perdana oleh ahli panel ust Hisham Tuan Padang, ust Ghazali Omar dan ..