Isnin, 13 Ogos 2012

PROGRAM REMAJA BERTADARUS




17 RAMADHAN 1433H/6 OGOS 2012M, ISNIN, SG NIPAH - Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW... Pada tanggal penurunan al Quran, pihak Masjid Ma'muniah di bawah kendalian BIRO PEMUDA dengan kerjasama NISA CAW. SG NIPAH telah berjaya mengadakan program 5 dalam satu, iaitu REMAJA BERTADARUS dan disertai dengan pertandingan mini iaitu : kuiz (puasa, bulan puasa dan tajwid), sajak ramadhan, pantuin ramadhan dan khat.

Gabungan ini adalah buat kali pertamanya diadakan. Sebelum ini hanya dapat menganjurkan program tadarus sahaja, namun pada kali ini penambaikan telah dijalankan memandangkan bukannya mudah untuk menghimpunkan remaja secara serentak.

Penyertaan dari kalangan remaja amat menggalakkan, iaitu seramai 96 orang (L/P) yang terdiri dari 12 - 17 tahun. Pihak penganjur amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak, terutamanya pihak masjid yang memberikan keizinan mengunakan peralatan masjid, ajk pelaksana yang bersungguh menjayakannya, para fasilitator yang membimbing dan membantu peserta yang tidak mengenal usia kalian (muda ada, gol senior pun ada) dan jua para peserta.

Berikut adalah gambar yang  kami sajikan kepada semua masyarakat Islam dan dunia :

PENDAFTARAN :

yg baju biru tu s/u Biro Pemuda.. pengerusnya??? (tgh ambil gambar kot?!)

pendaftaran peserta lelaki/rijal..jom perangi ngantuk dgn ngaji!!

pendaftaran peserta perempuan/nisa.. belakang sikit tu..
 
 SESI TAKLIMAT DAN KUMPULAN


peserta muslimat sentiasa bersiapsedia

kumpulan tadarus bermula

peserta rijal memulakan tadarus

MAJLIS PENUTUP


barisan ajk Masjid Ma'muniah ..dari kiri :
Ust Mahfodz (s/u AJK), Tn Hj Yaakob (tok Sidang), ust Fadlin (Nazir), ust Baharuddin (Ketua Pemuda)


Isnin, 6 Ogos 2012

REMAJA BERTADARUS

PROGRAM REMAJA BERTADARUS AL QURAN 2012

ANJURAN :
BIRO PEMUDA
MASJID MA’MUNIAH, SG NIPAH, SIMPANG LIMA, 45300 SG BESAR.


1.0 PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dipenuhi dengan ramat dan barakah, sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah Taala melalui firmanNya dan jua sabdaan Nabi-Nya SAW. Apatah lagi bulan Ramadhan dikenali juga dengan bulan al Quran, iaitu bersempena dengan penurunannya pada tanggal 21 Ramadhan. Penurunan al Quran bukanlah suatu perkara biasa, malahan ia merupakan satu mukjizat yang Agong yang perlu dilaksanakan segala tanggungjawab yang terkandung di dalamnya. Bukan setakat itu sahaja, pembacaan ayat-ayatnya akan beroleh pahala yang berlipat ganda dan jua jaminan syafaatnya kelak. Oleh itu, kita sebagai umat Islam sewajarnya menjadikan pembacaan sebagai satu amalan yang dituntut disertakan penghayatan yang mendalam maknanya di samping  melaksanakan tuntutannya.


2.0 OBJEKTIF

4.1       Menghidupkan amalan membaca al Quran secara halaqah (berkumpulan)
4.2       Dapat membaiki dan membetulkan bacaan al Quran
4.3       Memeriahkan kedatangan Ramadhan dengan bacaan al Quran
4.4.      Mengiratkan hubungan persaudaraan/ukhuwah di kalangan remaja


3.0 TARIKH

6 OGOS 2012 / 17 RAMADHAN 1433

4.0 HARI

ISNIN

5.0 MASA

            8.00 PAGI – 12.30 TGH

6.0 SASARAN

SEMUA REMAJA SIMPANG LIMA, YANG BERUMUR 12 – 17 TAHUN


7.0 TEMPAT
           
            MASJID MA’MUNIAH, SG NIPAH

           
8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

            Lihat lampiran A


9.0 ACARA DAN TENTATIF PROGRAM

Lihat lampiran B


10.0 FASILITATOR/PEMBIMBING

Lihat lampiran C

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

            Lihat lampiran D

12.0 PENUTUP

            Semoga dengan adanya program Tadarus al Quran ini dapat meningkatkan lagi penghayatan kandungan al Quran, bukan sahaja sedap dibibir bahkan di dalam sanubari setiap jiwa. Ramadhan kali ini lebih bermakna lagi dan dijadikan amalan yang mabrur di sisiNya. Amin.



Disediakan oleh,                                                         Disemak dan disahkan oleh,


…………………………………………                    …………………………………….
(BAHARUDDIN BIN SHAHMAN)                       
KETUA PEMUDA
MASJID MA’MUNIAH, SG NIPAH



LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM TADARUS AL QURAN
DI MASJID MA’MUNIAH, SG NIPAH


Penasihat 1
Ust. Fadzlin bin Taslimin


Penasihat 2
Ust Abdul Jalil


Penyelaras
Ust Baharuddin bin Shahman


Setiausaha
En Ismail bin Kadari


Bendahari
Ustazah Aniza


PA Sistem
Pendaftaran
Hadiah/Cenderahati
En Mohd Zaidi Sungit           
Pn Hajai
En Mohd Fadli  Abd Kadir









Juruacara
Banner/iklan/siaraya
Hakim
En Ismail Kadari        
En Mohamad Mohd Khairuddin
En Baharuddin Shahman (kuiz)
En Saiful Mahali (khat )
En Mohd Kahar (pantun)
En Mohd Khairi ( sajak)
Tempat Pertandingan
En Abdul Azim





LAMPIRAN B

HARI              : ISNIN
TARIKH         : 17 RAMADHAN 1433H/6 OGOS 2012M
MASA                        : 8.00 PG – 12.30 TGH

ATURCARA MAJLIS

8.00 – 8.30 pg             : Pendaftaran peserta (tadarus dan acara pertandingan)
                                    - pembahagian kumpulan mengikut fasilitator
                                   
8.30-10.30 pg              : Tadarus al Quran Berkumpulan Bermula

10.30-11.00 pg            :Rehat
                                    -Persiapan untuk pertandingan :
                                    i-          kuiz berkumpulan (3 orang peserta)
                                    ii-         pertandingan khat ( nasakh, thulus dan re’ah)
                                    iii-        mencipta pantun Ramadhan *
                                    iv-        mencipta Sajak Ramadhan *

11.00-12.30 tgh           : Pertandingan bermula

12.30-1.00 ptg             : Penyampaian hadiah dan cenderahati
                                    - sesi bergambar
                                    - bersurai


  • Peserta  yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga, hasil karyanya akan disiarkan di dalam risalah Nida’ al Masjid dan di dalam blog masjid.

LAMPIRAN C

SENARAI NAMA PESERTA DAN FASILITATOR

A-    LELAKI (AL RIJAL)

                                                                                                                                   

                                                                                   
                                   


B-    PEREMPUAN (AL BANAT)




LAMPIRAN D

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM REMAJA BERTADARUS AL QURAN 2012

BIL
BARANG
UNIT /HARGA
JUMLAH
1
PERALATAN :
-          KERTAS A4/LUKISAN
-          PENSEL 2B
-          PISAU LIPAT
-          SIJIL
-          BANNER
-          PEN MARKER PETAK


1 RIM  x RM15
1 KOTAK X RM5
1 KOTAK X RM3
1 RIM X RM30
1 X RM 120


RM 15.00
RM   5.00
RM   3.00
RM  30.00
RM120.00
2
SAGUHATI KEPADA PESERTA
150 ORG X RM5
RM750.00
3
CENDERAHATI :
-          PERASMI
-          FASILITATOR
-          AHLI JAWATANKUASA

1 ORG X RM15
15 ORG X RM15
16 ORG X RM10

RM  15.00
RM225.00
RM160.00
4
HADIAH PESERTA :
A-    KUIZ (KUMPULAN)
TEMPAT 1
TEMPAT 2
TEMPAT 3

B-    SAJAK (INDIVIDU)
TEMPAT 1
TEMPAT 2
TEMPAT 3

C-    KHAT (INDIVIDU)
TEMPAT 1
TEMPAT 2
TEMPAT 3

D-    PANTUN (INDIVIDU)
TEMPAT 1
TEMPAT 2
TEMPAT 3
-           


3 ORG X RM15
3 ORG X RM13
3 ORG X RM10


2 ORG X RM15
2 ORG X RM10
2 ORG X RM 8


2 ORG X RM15
2 ORG X RM10
2 ORG X RM 8


2 ORG X RM15
2 ORG X RM10
2 ORG X RM 8



RM 45.00
RM 39.00
RM 30.00


RM 30.00
RM 20.00
RM 16.00


RM 30.00
RM 20.00
RM 16.00


RM 30.00
RM 20.00
RM 16.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM1725.00


  • JUMLAH (SATU RIBU TUJUH RATUS DAN DUA PULUH LIMA RINGGIT SAHAJA)